Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Selasa, 17 Ogos 2010

~LASAGNA for Iftar~

Salam Ramadhan....

Ada rikues resepi LASAGNA dpd kohai den yg kiut-miut hehehe...
Resepi ini didedikasikan khas buat semua yg suka makan menatang neh (^^)...

Den neh kalo masak xde sukat2.. Men cecampak jek apa yg ada dlm fridge tuh... Janji sodap & leh dimakan huhu..

OKEH, here we go! .....


Bahan2
*Beberapa keping lasagna (ada dijual di super2 market.. pastikan bukan produk Israel...)

[Rebus kepingan lasagna dlm periuk yg lebar.. tambahkan garam halus barang sesudu dua.. rebus sehingga aldente (lembut2 cuping telinga).. toskan, tapi pastikan di asingkan kepingan tu sbb takot melekat antara satu sama lain..]

Bahan2 utk inti
*Sebungkus daging/ayam minch
*Setin sos prego (x kisahlah yg mana2 asal ada perisa tomato)
*Beberapa ulas bwg putih (dicincang halus)
*Sebiji bawang besar (dipotong dadu kecik2)
*Sayur campor yg frozen (kalo anak2 x suka, leh potong dadu lobak merah tu sikit)
*Sedikit black pepper (jgn boh byk kalo ada anak kecik nak makan)
*Sedikit garam
*Sedikit perisa ikan bilis/perencah secukop rasa (hehehehe...jgn habaq mak mertua naaa..)
*Sedikit minyak zaitun utk menumis

[Tumis bawang putih & bawang besar dgn api sederhana jgn sampai hanget huhu.. masukkan daging.. hancur2kan... Masokkan sayur campuran/lobak yg dipotong dadu kecil2 td.. Masokkan sos prego.. tambahkan perisa/garam/gula or secukop rasa ikut selera kita hehehe...]

Bahan2 utk sos
*2-3 cawan susu cair
*2-3 sudu tepung gandum (bancuh sesiap dgn air.. Ni utk adjust kepekatan sos)
*Beberapa keping cheese jika mengguna cheese yg keping2 tu.. atau jika guna cheese utk buat pizza tu, bubuh le byk mana kita suka janji sos tu x cair / pekat sgt)

[Panaskan susu atas api sederhana.. masokkan cheese.. adjust dgn bancuhan tepung gandum. Kacau rata & renihkan.. agak2 dah didih sikit, padam api]

Setelah siap semuanya, lapiskan rata kesemua bahan2 tadi ke dlm bekas ampat segi (jgn bulat plak hohoho)

Cara melapis => Inti -> sos -> kepingan lasagna -> Inti -> sos -> kepingan lasagna -> Inti -> sos -> kepingan lasagna -> (hinggalah takat yg bekas pembakar kita mampu tampung..) Tapi pastikan kepingan lasagna tu meutupi keseluruhan bekas.. kalo kepingan tu kecik, tambah kepingan lain,.. potonglah kepingan tu agar kesemua bhgn dpt dilitupi.. Utk bhgn atas sekali, bubuh inti & sos yg dimasak tadi serta taburkan cheese utk pizza x kiralah mozzarella ker, parmesan ker, cheddar cheese ke ikut byk mana kita gemari kat bhgn paling atas...

Last step, bakar dlm oven dgn kepanasan 180 darjah celcius, selama 30~45 menet.. Atau sampai topping cheese tu menjadi keperang2an mcm neh:-

Wollaaaahhh.. Sedia utk disantap! SELAMAT BERBUKA! (^-^)

Isnin, 16 Ogos 2010

~SaLaM RaMaDHaN~

Salaaaaaaaaaaaaaaammmmm semue....

Lamanyeeeeeeee den x menjengah & menggodeh2 blog sendiri huhu..

Dah bersawang-mawang dah neh.. Jap nak kais2 habok-mabok & sarang lelabah neh ish ish...

Habih semua dah karatzz maratzzz huhu...

Wah.. diam x diam dah masok bolan pose yek kita? (^^) Yg jatuh pd 11hb Ogos 2010 (Rabu) ..

Dikesempatan ini, den seisi keluarga rumah tanpa tangga ingin mengucapkan:


Setitis trivia mengenai Ramadhan:


Dan setitis peringatan di bulan yg mulia ini;


Paling penting, SELAMAT BERPERANG dgn NAFSU!



Dan, SELAMAT BERBUKA....




Serta, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH!


Moga puasa & ibadah kita pd tahun ini diterima Allah SWT, dan diberi ganjaran pahala yg melimpah-ruah, insya-Allah, Amiiinn...










































Jumaat, 14 Mei 2010

•*¨*•.¸♥ Selamat Hari Guru ♥øº°‘‘°

先生の日おめでとう!
(Sensei No Hi, Omedetou!)
SELAMAT HARI GURU!
Terutamanya buat cikgu-cikgi, ostat-ostazah den maso kek sekoloh tadika sampai kek skoloh rendah, kek monongah,hinggo kek unibesiti!

Moga Allah membalas jasa2 sekalian guru yg garang, yg cengih, yg lemah-lembut, yg kelako, yg tegas, yg particular, tak kiralah apa karekter sekalipon, yg pernah mengajaw den neh dgn pahala & syurga... Amiiinn... Kesemua jasa mereka itu hanyolah nak menjadikan den seorang menuso yg berguno buat diri den, kuargo den, nogaro den, dan agamo den...

Terimo-kasih yg tak tohinggo~
Tanpo guru2 den neh, sapolah den skarang neh... (-'_'-)

Untuk semua tenaga pendidik seluruh negara...

Jumaat, 7 Mei 2010

♥ SELAMAT HARI IBU!♥

Subhanallah... Berkurun sampai berkarat lamanya den x dapek nak masok blog sundri.. Taktaulah pesal... Sblm neh stp kali masok kono tendang dgn IE.. Masalah PC ke haper I dunno.. but today, ntah apa angin ntah apa pelangi, bleh plak masok! Alhamdulillah... ^^

Sebelum blog ni kaput balik, den nak ucapkan:

母の日おめでとう

(HAPPY UMMI'S DAY)

to all mothers around the globe especially to my super duper luvly IBU (Puan Asmah). Moga Allah merahmatimu & menganugerahkan syurga buatmu, Amiiinnn...

Narrated Abu Huraira: A man came to Rasullullah and said, "O Rasulullah! Who is more entitled to be treated with the best companionship by me?" The Prophet said, "YOUR MOTHER." The man said. "Who is next?" The Prophet said, "YOUR MOTHER." The man further said, "Who is next?" The Prophet said, "YOUR MOTHER." The man asked for the fourth time, "Who is next?" The Prophet said, "Your father. "





Notakakitangan: Bagi yg telah kehilangan ibu, kirimkanlah doa buat ibumu di sana.. Moga rohnya dicucuri rahmat & di tempatkan di kalangan mereka yg beriman, Amiiinnn...

Ahad, 21 Mac 2010

~Diet Untuk Golongan Darah Jenis 'O'~

Ooo000oooo.. cenggini rupernya hehe... Cara nih pon adalah cara diet yg telah disarankan oleh kaunselor diet den... selama sebulan lebey den amalkan dan cubatrytest, alhamdulillah turun 4kg so far... tp selalu kecundang huhu (T_T).. time for me to get back on my track!

Yoshhh.. Ganbarou ze!

Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini....

Ciri khas golongan darah O
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba.

[**Tapi den x ambik teros nasi, kentang, mentega, roti, gandum (sikit2) wat masa neh..]

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D’Adamo ataupun tidak.

Jumaat, 19 Mac 2010

~♪~♥ OTANJYOUBI OMEDETOU ~♪~♥

Buat Abg Izz, OTANJYOUBI OMEDETOU!!!
(Selamat Hari Lahir yg ke~ 8)
~Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu,.. Allah selamatkan aabaaanggg Izz... Allah selamatkan kamu! ~





Moga iman & ilmu Abg Izz bertambah dari masa ke semasa...

SMS dari Pak Long : "Allahumma, ilman nafi an.. Warizki washi an.. Wa sifa an min kulli da" ~Amiinn~

Rabu, 17 Mac 2010

★Lights Illumination Wonderland @ i-city, Shah Alam★

Taken from my not so canggih henpon camera huhu.. have a great & superb view of the illuminations.. (Location: i-city, Shah Alam.. near UiTM's back side.. Entering fees: FOC.. Period: Duuno how long they open this for public..)