Glitter Text
Make your own Glitter Graphics

Khamis, 25 Februari 2010

~Winter in Mesia, vukan Winter Sonata ^^ ~

Salji ~ Syantek dipandang tapi tak leh dipegang...

Salji neh dlm bhs Jepon dipangge YUKI.. So, kalo ada TERdengar mana2 nama owang Jepon (selalunya pompuan) dipangge camtu, maknanya ialah SALJI or SALJU dlm Bhs Melayunya... Dlm bhs omputeynya of cos lah SNOW..

Di Jepun, saljinya of cos lah turun masa musim sejuk (yg dipangge FUYU).. suhunya, of cos lah minus zero degrees... sejuknya hingga ke tulang belulang... hari pertama salji turun, jakunnya lah... (oppsss ada ke sesapa nak tempelak den sebut JAKUN kek sini mcm yg Tuan Guru Dato' Nik Aziz kena??? huhu.. ) Kpd yg xtau apa makna JAKUN, sila rujuk kamus dewan naaa~

Tapi kalo dah masok hari ke-2, ke-3 dan seterusnya hingga berbulan lamanya, anda akan mula merindui musim munger.. ternanti2 musim munger dek tak tertahannya nak menempuh salji yg bertingkat2 tebalnya neh hehari.. dgn kesejukannya lagi huhu..

Dan, utk memenuhi permintaan (yg telah berbuat berkali2 & berkurun lamanya ditagih) oleh anak den yg nomot 2 utk merasai salji neh, bebaru neh bwklah dia pi Bukit Cherakah, Shah Alam nun (alaaa tompek mendiang Al-Tantuya kono lotop tu~ x hengat kaa? huhu).. Hengat Mesia xdak salji ka? Selain di Genting Highland, leh jugaklah pi rumah 4 musim di Bukit Cherakah.. Rasanya musim sejuk di Bukit Cherakah ni pon hikot musim di Jepon.. Sbb skang pon kat Jepon masih musim sejuk... Tapi yg tak bestnya, salji di rumah 4 musim neh hanya boleh dipandang, tak boleh dipegang... so sabar ye kakak.. ada rezeki sok kita ajak Ab pi Korea hehehe...

~Dlm bas menuju ke rumah 4 musim~

~Kakak the so excited one~

~This is it~

~Minus 2 to 7 degress.. lucky we brought along sweaters~

~With Mr SnowStoneman hu hu hu~


~Nice to see but cannot hold~

~The End~

Isnin, 22 Februari 2010

~Citer CuCi2 keReTa vukan CuCi2 Mata ye ^^~

Akibat kepanasan kemalasan global sedonia, en3 neh barulah nak diuploadkan ri neh huhu...

Saja jek nak citer pasal mencuci kereta hehe.. Sobab, kat area tompek den neh dah hado tompek cuci kereto guno mesen yo.. pantas & jimat maso.. ongkosnya pon jimat bung huhu.. (Ewaaahhh promosi x berbayor dah neh).. Tapi time CNY ri tu mahai sket reganya.. ambik peloang tol.. Selalu kalo keto tecik, sumo 3 hengget yo sekali cuci.. kalo keto besor (MPV or 4WD) kono 5 hengget.. Ni time CNY depa ketuk 5 hengget utk keto tecik, 7 hengget utk keto besor.. sabor yo lah.. tp still the cheapest in town la~ ... dulu ms mola2 dibukak, kono boli/isi minyak kek stesen tu dulu baru leh dpt hargo neh.. tapi skang x boli pon xpo.. leh teruih cuci.. dah stabil gaknya stesen minyak neh huhu...
Somi den suko basuh keto kek cni disamping jimat maso & bolanjo, sobab seghonok tgk gelagat anak2 maso mencuci kegheto tuh hehe.. Si Abang & Kakak mmg excited & seghonok banget time poie cuci kegheto neh.. x leh dudok diam tgk jentera2 tu 'mengerjakan' kereta kami hehe..

Yg paling kelakonya si tecik la~ kekeke.. Dia takot banget kalo masok tompek neh... samada dia akan pura2 titon (pejam mata sambil terkebil2) kek ataih pangkuan den, atau menyurok kek kusi belakang camneh kekeke... Surohlah tgk, cemana pon dia xkan berganjak dpd lokasi menyuruk tuh hahaha... dah habih kang baru lah dia buat cam besa (mcm xdak apa2) kekeke.. Tu yg seghonok nak menyakat si tecik neh ^^ ...

Masa proses mengelap kete baru dia kluaq berani tingok luaq hehe...

Notakakitangan:

Kalo nak bekium kono tambah extra 2 hengget huhu.. ^^

Khamis, 11 Februari 2010

Don't let urself be manipulated by the VALENTINE's DAY..


Hurmmmm.. skang neh, kat TV, kat sokkabaw, majalah2, internet watsoever, berlumba2 mempromosikan Valentine's Day yg berkongsi hari dgn Chinese New Year (CNY)...

Maleh nak citer manyak pasal Valentine's Day neh.. uols leh rujuk Mr Wiki huhu...

Dpd kita dok mengingati kelahiran paderi St. Valentino neh, berlipat kali ganda baik kita mengingati kelahiran junjungan kita nabi Muhammad S.A.W. Lagi berpahala, insya-Allah... Bagindalah KEKASIH awal & akhir utk setiap ummat yg mengaku Islam... Lebih baik luahkan cinta kita terhadap nabi junjungan.. Wat per nak terhekot2 budaya Barat nun?? Depa x percaya pada Muhammad Bin Abdullah.. Depa telah dimanipulasikan dek dasar kapitalis depa... Valentine's Day hanya nak melariskan jualan coklat, kad ucapan, munger rose, segala mcm mak nenek product utk dijadikan hadiah, serta utk melalaikan kita ummat Islam lalu terlibat dlm kancah maksiat.. Dari segi ekonomi mmg budaya neh byk membantu pertumbuhan, tapi x membantu langsung utk kita kat akhirat kelak.. Pikir2kanlah wahai ummah...


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


BIODATA NABI (dapek dpd e-mail)



Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·


Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·


Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·


Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·


Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·


Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN·
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN·
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.


USIA 20 TAHUN·
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN·
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN·
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN·
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN·
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN·
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.§ Saudah Binti Zam'ah.

§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

§ Zainab Binti Jahsy.

§ Maimunah Binti Harith.

§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).



ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim

2. Abdullah

3.. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra



ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).



SAUDARA SESUSU RASULULLAH SEIBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN ( Thuwaibah )
1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad



SAUDARA SUSUAN ( Halimah Al-Saidiyyah )
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza



BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ****** Sempat masuk Islam.## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaranapa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata luahan para sahabat ialah:- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..- Aku melihat cahaya dari lidahnya.- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.- Wajahnya seperti bulan purnama.- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.- Janggutnya penuh dan tebal menawan.- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.- Rambutnya sedikit ikal.- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.- Rambutnya terbelah di tengah.- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.- Seimbang antara kedua bahunya.- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.- Warna putihnya lebih banyak.- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.- Warna kulitnya putih tapi sihat.- Kulitnya putih lagi bercahaya.- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.- Badannya tidak gemuk.- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.- Perutnya tidak buncit.- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Selasa, 9 Februari 2010

What?? LAY, WHAT? LE' WHAT? LEE, WHAT? ... What? What???

Every day & night the media is keep on front-paging this kind of 'what', 'what' things.. Making me wanted to puke every now & then... urghhhh... uweeeekkkk...


I still beleive in DSAI no matter how.. to say I'm taksub @ I'm such fanatic @ I'm oredi out of my mind@ I'm nuts @ so on & so on.....??? It's up uols to decide... huhu.. Just let me ask uols these:

Have u ever imagine, such a person who has a very nice & loyal family.. who's having wife , daughters & son who has minimal scandal, gossip, well-mannered, well-educated, no clubbing, no womanising issues, seems their life is near/close to Allah & Islam, is having such intention to do the 'what' 'what' thing? Summore, he's on his way to reaching-up Putrajaya.. Is he out of his mind to blow his reputation & ambition to such crap (read: Sepol)??? Has he out of his mind to do the same mistakes which is even not his mistake and already proven that he's innocent during the 1998's one?? Even the 1998's culprit has made his u-turn confession. Please, help urself & watch this:



Really looking forward for Sepol's u-turn in nearly future! (>.<*)

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya , kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

I'm wondering, why on earth only M & N's era this kind of craps tuning-up? They both have similiarties I guessed.. Like father like son??? (-_-;)

The left side of Sepol is NOT the 'N' den mentioned earlier... dun misunderstood.. But, the office name stated behind them is very well-known who was Sepol went to 'deal' while he was having his 2 days 'constipation' hohoho...

Notakakitangan: May Allah show us the right path.. and may those culprit(s) rotten in hell~ Amiin..

~~By the time this entry was made, the members of 'I HATE SAIFUL BUKHARI' facebook has climbed up to 6,000 members/fans..~~

Khamis, 4 Februari 2010

Hijab ~ Dilemma mereka yg mengaku Islam

Got this video introduced by one of my friend... Hope those who beleive & member of SIS (Sister In Islam) could watch this also...



Lagi dilemma/alasan yg kerap dilontarkan oleh golongan spt SIS:

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Taken from UZAR's web-site:

Ungkapan ini (read: DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER) kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Notakakitangan: Tak sabor nak tunggu hijab from Qutreen Collection ^^ hihihihi...
========================================================
Selingan: hangpa hengat pakai hijab xleh naik Helidebidsen kaa? heh heh heh... Hangpa tgk neh! ^^


Let's Revive & Rejuvenate!

Dedicate this song to DSAI & his beloved family...
FAITOH! FAITOH! (LAWAN TETAP LAWAN!)

GUTS だぜ!(It's guts!)


Ashita ga aru sa (There's always tomorrow)



Moga Allah memberi DSAI & kuarganya kekuatan & ketabahan serta ketahanan dlm menghadapi fitnah si manusia keji lagi hina ampehno...

Notakakitangan : Kalo dah kata DSAI yg mengajak berliwat2an, siap suruh mandi dulu, tunggu dibucu katil bagai, tu dah tandanya SUKA-SAMA-SUKA... Yg ekau gi tadah gak tu pehal Sepol weh??? TERAJANG (LAWAN) jeklah DSAI yg umor dah cecah pencen nun... lagi mau kecoh kat mahkamah.. Mahkamah sivil laks tuh.. aalahaiiii! (Wondering siapa sponsor loyer fees si Sepol neh.. hmmnnn can u guess WHO? Jeng jeng jeeengggg............)